yay! tengok title jaa, dah tau dah kan adek aku dah balek. yay! hehe. dia excited nak balek, aku lagilaa excited and mak aku lagi lagi lagilaaa excited. setelah hampir 6 bulan dia tinggal di sarawak sana. yea, aku tau bukan oversea. tapi tetap jauh kan bagi budak yang berumur 13 tahun, yang berpisah dengan keluarga. adei, kalau aku jadi dia, kompom aku tak tahan tinggal dalam hostel sana. tapi tak pa laa. dia kuat semangat. and dia dihantar ke sana pun bukan sebab takda asrama penuh di tawau *MRSM* tapi dia yang mau sangat pijak bumi kenyalang. mak pun setuju jaa laa sebab dia dihantar sana pun dengan tajaan Yayasan Sabah jugak. tak kesah laa kan. yang penting.. dia study. :)
oke. tadi petang, semangat ney mau mengambil dia di stesen bas kk. punyala awal kami turun dari rumah. sebab agak agak basnya sampai jam 5 lebih laa gitu. then, sampai jaa bandar, singgah dulu kedai beli beli barang, lepas tuu, sengaja lagi mamak buang masa raun raun tuu bandar sebab lama lagi bhaa jam 5. hee. then, puas raun raun, pegi laa kami parking di stesen bas kk tuu.......... AIK! heran. satu bas pun belum sampai. haiiisshh! menunggu lagi ney.. then, lama lama lama lama lama suda menunggu, naaaa. baru laa datang basnyaaaaaaa. fuh! jam 7 lebih laa begitu bas tuu datang. alasan diorang lambat sebab kunun di lahad datu ada banjir. betul atau tak? tak tau laa. tapi tak paa. yang penting, adik aku dah sampai! HAHA. punya laa aku excited tengok dia! :D suda laa makin tinggi, makin matured lagi. tapi tapi tapi.. ketawanya tetap sama macam dulu. tak berubah. makin kuat adalah. bole kalah suda aku ney. hehe.
macam macam tau ceritanya. banyaaaaakkk sangattt! huhu. layan jer laaaa budak ney. dah laa banyak cakap, cara dia becakap pun dah macam orang sarawak da.
aku: titi, kau ikut main basketball ka sana?? *sebab dia suka sangat cerita pasal basketball.
TiTi: aok.
aku: aok??
TiTi: eh eh! HAHAHAHaHA! *ketawa meletus di situ yea. -,-* aok tuu 'eya'. HAHAHA. *-,- ndak abiz abiz ketawa. -,-*
then, satu lagi, masuk masuk ja dia dalam bilik, teruz bukak laptop, main counterstrike. phheerr! adek aku! terer rupanya. selama ney aku tak tau yea. haha. main counterstrike, macam tak matured jaa budak ney kan. tapi cara dia becakap dah makin matured. bezz cerita cerita dengan dia. hehe..
oke laa. macam mau tidur dah aku ney. mengantuk. adek adek aku pun dah tido semua. oke laa. sampai sini jaa setakat ney. tidur dulu yea. nytenyte. :)
No comments:
Post a Comment