my beloved followers

Friday 29 April 2011

CONTEST ALYA: AKU DAN ALAM


Assalamualaikum. hyeloww welloww yelloww! :D
eheeemmm! korang nampak tak tittle kat atas tu... hehe. yeahh. aku ikut contest lagi buat kali kedua. hehe. gatal sangat kan tangan ni. lagi pun, c nurul tag aku. apa lagi. join jak laa sementara mengisi masa lapang di rumah sebagai seorang bambongan yang berjaya. okee. tapi tapi tapi kalau korang nak ikut contest ni, jangan lupa baca syarat penyertaan dulu ya. :)











naaahhh. tu dia tu dia tu diaaaa.. "hekeleehh! mana muka kau zila?"  weee.. sorii. macam itu jak gambar aku dengan alam kunun kununnya yang paling oke. itu pun, membelakang. tak pa laa kan. yang penting ada aku dan alam (laut membiru, awan berarak, rumput yang kehijau-hijauan. LOL) 





oke, aku tag LIMA ORANG PERTAMA yang baca entry ney. hehe. macam mana nak tau? ermmmm.. sendiri mau ingat laa. :D








semua tentang 4 sejja.

assalamualaikum. helloww welloww! 

huhaayy! lama rasanya ndak update blog. sorii laa yer. datin busy. *bueekkk! :P oke hari ney, aku nak ikut contest tentang semua semua semua soalan yang mau 4 jawapan sejja. macik ney yang tag aku. hehe. :D uww yea. kalau nak ikut contest ney, jangan lupa baca syarat-syarat nya erk. :)





4 perkara yang menggambarkan anda.
yang tinggi tinggi sikkkiitt tuu
yang ayu ayu tuu. *puik!
yang kuat ketawa tuu
yang bertudung tuu bhaaa.. eish. :)


4 nama manja.
zieyll
ziela
ila
GODZILLA *nama untuk orang cari pasal ==")


4 perkara baik yang kamu buat hari ni.
bangun awal tanpa mengeluh *sebelum ni, mesti dipaksa bangun. and aku bangun dengan muka yang masam mengalahkan limau belum masak tu
kasi bersih seluruh rumah sampai bekilat *biasanya aku bersihkan bahagian atas jak.
sabun bilas dan susun piring *biasanya aku tukang bilas piring jak. hehe
masak telur, sayur, nasi untuk seisi keluarga. *cukup baik bha kan


4 tempat yang nak sangat pergi.
paradise of course!
mekah  *insyaAllah.. tapi before aku pergi, bagi parents aku dulu pergi sana tunaikan hajat diorang.
paris *kunun sana romantik. mau jugak aku tengok apa yang romantik sangat kat sana.
jepun *ada salji, ada bunga sakura, mau jumpa sailormoon. rinduuuuu. :D


4 benda wajib dibawa kalau keluar.
jilbab *uiseh
handphone of course!
jam tangan *supaya lebih tepati masa kalau date. LOL
purse yang dipenuhi dengan syiling *supaya senang pegi toilet. :D


4 perkara terakhir yang kamu buat sebelum kamu join contest ni.
makan makan makan.
baca blog c epi.
ber-facebook-ing
ajar adek ku addmath =="


4 orang yang kamu paling sayang di dunia ni.
mum dad! 
adek adek ku sayang
kengkawan ku yang kilik and gila sepanjang masa *time spm sejja rasanya dorang waras. LOL
and and and..... YOU! :D 


4 jenis ragam manusia yang kamu jumpa hari ni.
berkumpul d sabindo ramai ramai *macam ada show padahal ndada apa apa pun. garu kepala aku tengok dorang. =.=
berpusu pusu masuk masjid untuk solat jumaat
menari cara duduk *adek bongsu aku
orang kejakunan mau bergambar *nurul dengan c ann :D


4 misi yang mesti kamu capai tahun ini.
dapat 4flat kalau dalam matriks nanti *so, boleh la sambung untuk jadi doktor. mudah mudahan.
jadi anak yang banggakan parents
mahu jadi orang yang ada keyakinan diri yang tinggi *sekarang ni kureeennnggg
mahu jadi matured lagiii. 


4 habit buruk kamu.
tersangat teramat terpaling kuat marah kalau dalam rumah. *sampai kengkadang di gelar singa betina. =="
suka memberontak *aku paling tak boleh kalau apa yang aku tak suka, itu jugak yang jadi. start laa aku buat perangai.
suka menilai orang through observation. *don't judge a person by their body ya.. hukhuk.
boros *naaa.. ini satu perangai ku yang susah betul mau dibuang. ish ish ish!


4 perkara yang kamu fobia.
CICAK! *eeuuuwwwww! pehhlissshh! jangan kasi tengok aku!
tikus *yakk! kalau yang besar besar lagi tuu tepi bangunan lama, d highway, huh! boleh bikin aku pengsan.
ular *sama macam cicak tapi dia xda kaki
biawak *sama macam cicak jugak tapi bezanya, biawak lagi besar


4 sebab kamu join contest ni.
c epi tag aku
nampak macam syok.
kebosanan. 
juz nak jadikan entry untuk blog aku yang lama dah x TERupdate. :D


tag.
aduuhh. part ini paling aku malas. malas mau mencari orang yang mau di tag. hehe. okeoke. c anu laa, c ituu.. errr.. ituu.. err... eh! ndak payah laa mau pilih pilih lagi. aku tag SEMUA yang baca laa ya. boleh la bha kan. kan kan kan.. :D

Sunday 24 April 2011

aku seram+hairan.. kenapa??

Assalamualaikum.. hye peeps! :)


selepas beberapa hari, baru laa aku ada masa nak update blog ney. rindu pulak~ *puik puik.biasala, dua tiga hari ney, aku busy memanjang. aku busy neyh enjoy enjoy dengan kengkawan tersayang especially dengan deekay and schaza. diorang datang jenjalan d tawau and stay di rumah ku. *tempat paling strategik sebab paling dekat dengan airport. banyak ney nak cerita... tapi tapi tapi...cerita neyh aku simpan dulu ya sebab sekarang bukan masa yang sesuai. dah tengah malam macam ney, mesti simpan dulu cerita happening untuk esok. esok la baru aku buat entry tentang ke'enjoy'an kami ya! :) entry kali neyh, aku buat untuk kejadian hari ney laa.. 


untuk hari neyh.. fuh! memang boring gila gila laa! dah laa aku peod, konfem laa datang penyakit tu. *senggugut . aku rasa memang berjam jam aku bertarung nyawa atas katil tu! bergolek golek sambil terfikir kenapa laa perempuan mesti kena penyakit nih. tapi bukan semua laa kaum hawa selalu dapat sakit nih. tapi kalau aku, huh! WAJIB rasa sakit. bagi kaum lelaki, syukur laa kamu tak dapat rasa. *jealous OKE STOP ZIEYLL! merepek citer pasal ini buat apa pulak. tak masuk masuk dengan title aku kat atas tu kan. dussshhh!


 
lebih kurang macam ni laa muka aku tahan sakit. LOL


actually, aku nak cerita tentang tadi ney. adek sepupu aku tadi pagi sakit. dia demam panas. patut laa aku nampak dia baring jak sebab biasanya dia ney aktif buat kerja kerja rumah like menyapu, mengemas ruang tamu, even dia baru tahun satu tau. oke saya ulang, dia baru tahun satu dan rajin bebeno buat semua kerja kerja rumah ni. *jadi fungsi aku apa di rumah ni? teeeettt! hello.. dia tolong aku laa buat kerja rumah. aku dominan oke. huhu. bha, sambung cerita, dia demam and dia tak bagitau pun. dia bagitau aku pun time aku dah tanya sebab aku memang dah agak dah dia sakit. muka pun tak bermaya langsung. kesian jugak. masa ney, mak aku belum balik dari sandakan lagi. tanya dia dah makan ubat atau belum, adik sepupu aku yang satu lagi menyampuk and cakap dia dah makan ubat. so, oke laa sikit kan. *nampak tak aku macam kakak yang prihatin. kan kan kan. LOL 

then, time time maghrib nih, tengah aku bercerita cerita dengan mamak, tetiba dia masuk bilik and menangis nangis. punya aku tekejut.. dia cakap something dengan mamak sambil menangis. aku sendiri tak dapat tangkap apa yang dia cakap.

mak: kenapa kina??
kina: *menangis sambil menunjuk nunjuk katil 
mak: kenapa sayang??
kina: *masih menangis sambil cakap something
mak: kenapa sayang? sini sini. *peluk kina
kina: *menolak and terus menangis
mak: panas kaa? mau air? sini sini. *bawa dia keluar sebab di luar sejuk
kina: *tetap menangis dan buat aku panik, dia tetiba berlari lari 
 mak: eh, sini sini.*tarik kina. ila, ambikkan kain basah.
aku: kenapa c kina mak?
mak: ambil dulu kain cepat. 
aku: bhaaaa. kenapa dia mak?
mak: panas betul bha badannya ney.
aku: jadi kenapa dia berlari lari? 
mak: *diam
kina: *teresak esak
aku: *keseraman

jam 12:24 am:
tengah tengah aku online nih, tetiba c kina masuk bilik aku sambil berlari lari dan menangis. punya laa aku terkejut tahap tapir! bayangkan jak, syok syok online sambil senyum senyum sendiri, tiba tiba ada orang datang sergah cam tu. HUH! nasib baik aku tak da sakit jantung. FUH! kalau tak, dah goal dah aku. amet amet deh!

aku: kenapa kina? 
kina: jangan kacau aku! *naik katil aku sambil menangis
aku: eihhh? kenapa c kina ney? kina.. kenapa kau? 
kina: dia kacau aku. *sambil tengok and tunjuk tunjuk laptop.
aku: aikk? siapa kacau kau? eiihh, sini kau. kenapa??
kina: dia kacau aku!*menangis sambil pergi ke penjuru katil
aku:ei ei. mana da orang kacau kau ney.*ketakutan sudah
kina: *menangis nangis sambil menunjuk nunjuk bantal guling ku pulak
aku: aihhh.. kenapa sudah c kina neyh. *panik!
kina: jangan ikut aku. *sambil pergi ke tingkap 
aku: *belari pegi bilik mamak pastu ketuk pintu macam mau pecah sebab terlampau panik dah.

nasib baik laa pacik belum tidur. pacik yang keluar and terus pergi dekat c kina. aku yang panik neyh, terus berlari dekat dengan kazen ku yang dua orang lagi tuh. semua buat mukak ketakutan+kehairanan. c kina neyh pulak, belum berhenti lagi menangis and masih berlari lari macam orang tengah sesat dalam hutan yang gelap tuh. dia seolah olah tak nampak kami di situ tau. tengah tengah dia berlari tu, tetiba jak dia menari sambil lidahnya terjelir and jarinya seolah olah kaku dan mengeras. duuuiiii. aku macam mau menangis jak ketakutan time tu. tapi keadaannya sekejap jak macam tu, pas tu, dia macam dah sedar dan terus pergi dengan pacik. tapi tangisnya belum reda lagi. dia peluk pacik kuat kuat.

kina: abah! aku mau begini sejja. *sambil menangis and peluk pacik
pacik: eya eya abah di sini. kenapa ney kina? 
kina: *di kasi baring. nasib baik dia tak melawan
mak: kenapa ney?
aku: nda tau kenapa c kina ney. tekejut aku.
mak: kenapa kina? apa kina nampak?
kina: aku nampak ada orang tadi kejar aku.
kami semua: ter'blank'
mak: kau kenal orang tu? 
kina: ndak. aku nampak dia di tingkap tadi. *tingkap bilik ku oke. o.0 wadepak!
mak: apa lagi kau nampak?
kina: c nica tumbuk aku. *nica tu kakaknya 
nica: awww? aku tidur tadi.... mana da aku kacau dia.
aku: naaaaaaaaaaaaaa.... *keseraman.
mak: eih, c ila ney. naa. suda laa. tidur laa tidur. ada umi sini. *diorang panggil mak aku umi

lepas keadaan dah tenang, aku pun masuk bilik balik, and sambung online! HAHA! punya selambaa..  tapi aku terpikr pikir jugak. kenapa dengan c kina tadi tu yaa?? pernah tak korang korang alami benda benda macam ney time sakit?? pernah?? ada kaitan dengan makhluk ghaib ka erk? atau pun hanya ilusi nya? ermmmmmmmm....... aku tak da jawapan. uhuuuuiiii. SERAM! oke! sekarang neyh, aku rasa bulu roma aku dah naik dah semua. aku tak mau c kina bangun lagi dan terus buat aku takut macam tadi. jadi, lebih baik aku tidur dulu.. oke daa!

aku takut tengok keadaan c kina tadi. SUMPAH! wuwuuwu.







Thursday 21 April 2011

TAGGED FROM NURUL!

kerajinan kan aku buat entry. biasala. blog baru laa katakan. LOL. tunggu nanti kalau dah lama lama sikit. kompom terbiar jak ney blog. sabarla wahai bloggie ku, dapat tuan hampeh macam aku. -,- actually, tadi aku blogwalking di blog sorang budak ney. and dia cakap dia tag semua orang yang baca. and once again, aku pun men'tag' kan diri ku. :D 


nama sebenar:
nur azilah binti podang

umur:
 17 tahun 9 bulan 21 hari

boyfie:
belum ada laaa~ soalan ney buat aku kering. korang laa cari kan. bole bha kann?? :D

adakah anda rasa blog anda cantik?
belum lagi. LOL. masih baru bha. it will be one day. :)

anda rasa mau buang blog ini?
nda mau nda mau nda mau!  sayang~ :)

anda rasa mau terjun dari kereta?
mau mau mau! mau rasa buat aksi stunt. asyik asyik tengok kat tv jak. bila lagi mau buat kan. :D

apakah hadiah yang anda mahu tapi belum dapat?
ermmm... mau iPhone. ada sesiapa mau bagi free ka? 

Wednesday 20 April 2011

aku di TAG. :D

1. Adakah anda rasa anda hot? 
memang hot pun! HOT sesangat. weee~ jangan salah paam pulak. sekarang ney HOT sebab belum mandi lagi. :P

2. Wallpaper yang anda guna?
blank dengan soalan ney. wallpaper apa? kalau wallpaper lappy ney, guna ascent. kalau wallpaper hp pulak gambar seorang gadis yang kiuuuttt. :P

3. Cerita pasal gambar tu.
wallpaper lappy ney, aku suka sebab gunung bersalji tuu warna biru and ada bulan mengembang kat tepi tuu. indah~ subhanaallah.
kalau wallpaper hp pulak, weee! gadis tuu tengah snap snap dalam kereta. well. tengah boring kan. :p

4. Bila terakhir anda makan ayam?
jam 8 pagi kemaren kemaren nya lagi

5. Lagu terakhir yang anda dengar?
just the way you are by bruno mars

6. Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?
well, tengah rehat rehat jak ney lepas menyelesaikan kerja sebagai seorang suri rumah separuh masa.

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?
GODZILLA! budak sekolah rendah ku ramai panggil aku macam tuu dulu. sampai sekarang yea. -,-

8. Tag 8 orang.
8 orang sejja? nda mau la. mau tag SEMUA. :D 

aku lemah -,-

assalamualaikum
hye peeps! :D

untuk entry kali ney, sebenarnya aku tak tau mau cakap pasal apa. hampeh kan c zila ney. baru entry kedua,sudah blank mau cerita pasal apa. macam orang tak da kisah hidup jak kan. HAHA. ada bhaaa. aku bukan alien. aku sama jugak macam orang lain ada kisah hidup tersendiri. :) walaupun otak aku sekarang ney blank, tapi tak pa la bha kan. lama lama menaip, pastu lama lama, timbul la jugak idea mau tulis pasal apa. pastu lama lama, aku pun akan start bercerita perkara perkara yang merepek dan lama lama kamu pun akan boring dan rasa buang masa jak duduk depan pc sambil membaca blog ku ney kan. sori penggunaan perkataan 'lama lama' yang kerap -,-  LOL.dun worry laa. kamu tak buang masa singgah blog saya tau. i really appreciate it. :D

oke,sedang sedang aku menaip ney, teringat pulak aku tym2 buat karangan zaman sekolah yang aku dah tinggal kan dalam lebih kurang 4 bulan yang lalu. macam ney laa aku. i mean, bukan cara aku buat karangan yang tunggang terbalik macam sekarang ney. bm aku A oke. mark my words. :D maksud aku, aku memang akan blank first2. WAJIB! aku akan ambil masa yang lama sedikit untuk memikirkan isi isi karangan yang munasabah. dan untuk pengetahuan anda anda semua, tatabahasa aku salah. jangan ambek peduli malas mau betulkan. aku memang tak suka buat karangan. apa apa karangan laa. karangan bm kaa, bi kaa, dan sudah semstinya karangan ba (bahasa arab -,-)

aku ingat tau, asalkan ada test atau pun exam untuk karangan, aku rasa aku laa orang paling panik dalam dunia. really! tak tipu. berabizz ney aku menghafal semua ayat ayat bombastik yang ada. sampai aku burning the midnight oil ney. huh! tapi tapi tapi, bila dah tengah jawab soalan karangan tu, aku messsssttttiiiiii, 'WAJIB'ul ghunnah aku lupa semua apa yang dah aku hafal. GOSH! start laa aku berpeluh peluh ingat balik semua words tuu. tambah tambah lagi bila dah tak ada isi mau buat. komfem PANIK! LOL.

lagi satu, kalau buat karangan, mesti laa aku yang paling paling paling laz siap. aku laa yang paling paling paling laz hantar lepas si polan bukan nama sebenar. orang lain semuanya dah tengah baca baca karangan diorang balik, ada jugak yang dah hantar. dan aku?? masih lagi terkial kial menulis. HAHA! malu tau jadi antara paling laz hantar. tapi tak pa laa. jadi perhatian bhaaa. buat seketika jak laa. LOL. tapi tapi tapi... aku mau kamu tau, gred markah karangan aku antara yang terbaik yaaa. oke, aku tipuuuu. -___- terutamanya untuk karangan bahasa arab, ermm.. err... sori. terlalu public. markah di rahsiakan. u_u  

lepas tu kan, aku rasa aku laa student yang paling cepat mengeluh kalau cikgu mau bagi kerja karangan. start laa aku dan beberapa lagi geng geng ku yang tak suka karangan *majority boys pegi membodek cikgu. 
"cikgu! karangan kan sudaa ari tuu. tatabahasa bha lagi cikgu. belum lagi kita buat latihan tatabahasa."
" cikgu, kerja rumah kemaren kita belum semak laa.. cikgu cakap mau semak ari ney kan. yuk lar semak cikguuuu."
LOL. cikgu pun susah dah mau bantah kalau dah ramai yang cakap camtu. terpaksa laaa jugak ikut rentak anak murid yang tercinta kann. :DD

jadi kepada sesiapa yang terer dalam bidang penulisan ney, aku terus terang, aku memang jeles! jeles positif bha kan :) boleh kita tukar otak tak? nak pinjam sekeejjjjaaaaapp jak. masa nak update blog jak. jadi ayat aku pun sedap jugak di baca. tak da laa grammar tunggang tebalik macam ney. bole tak? bole tak? bole tak? :D




p/s: lepas dah habis buat entry ney, baru aku buat tittle. jangan pelik yeaa. :P

Monday 18 April 2011

assalamualaikum.. weee..weee..weee.. :DD

hye hye hye! :D tengok title ja, boleh tau dah kan aku ni excited giler buat first entry ney. hehe. dah lama sebenarnya nak buat blog tapi nawaitu x dapat ditunaikan. dan akhirnya kini, tercapai jugak kan. whaaa.. hoyeah hoyeah!! macam terharu tahap dewa dewi la pulak. 
oke. dengan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada nurul antari fadjaruddin kerana sesungguhnya amat berjasa lah anda kepada saya kerana, err. kerana ituu. err.. erm.. OKE STOP! aku start melalut. baru entry first. huhu. sabar laa korang korang yang nak baca entry seterusnya ya. LOL.  aku juz nak cakap, c nurul yang tolong aku buat blog yang jelek ney. haha! thanx a lot ya nurul for bieng my guider and sabar dengan karenah ku yang jakun pasal blog ni. i admit. -___- 
oke3. sampai sini jak la dulu. kalau entry first, tak bole cakap panjang panjang. nanti ada cicak jatuh depan lappy aku dan membuatkan aku panic dan bermula laa bebelan ku di blog ni dan aku akan merepek+melalut.sekarang ni pun aku rasa aku merepek sudah. soriii. -,-