my beloved followers

Tuesday 23 August 2011

si TiTi dah datang dahhh ~ :)




Assalamualaikum readers ! ^^

23 ogos sampai 8 september ... kiralaa berapa hari jaa si TiTi ada di rumah . err. okay , kirakira 2 minggu lebih laa kan . sekejap ka tuu ? errr . tapi okay laa .  ada jugak orang yang bole teman aku pegi bandar nanti . ada jugak yang teman aku bejalan . ada jugak yang teman aku tidur malam , ada jugak teman aku pegi tandas kalau tengah menggigil lutut tahan urine tengah tengah malam , yang tolong ambekkan towel aku kalau aku dah lupa ambek tym tengah mandi , yang tolong pasangkan kerongsang kat tudung aku kalau aku tengah kepayahan ..... kaann . ada jugak kaann .. tapi .. ada jugak yang berebut dengan aku kalau nak pakai tudung , berebut sandal , berebut kasut , berebut cardigan . ohmaaiiii . yea , ada jugakk . tapi tak laa berebut boyfie . :O

err . jangan pedulik dengan muka jelek sebelah kanan tuu . err . i mean , AKU . --' *aku lupa mana belah kanan =="

okay laa . takda point punn . saja nak post entry macam blogger rajin padahal tak rajin .. 
Assalamualaikum ^^

p/s : aku tak tau nak tido mana . tempat aku si TiTi dah conquer . T_T

Sunday 21 August 2011

terlalu mahu dan mahu . terlupa apa yang perlu .




Assalamualaikum readers . ^^ *silent readers :)

tengok tiltle aku tuu . dah tengok ka ? okayokay . tau tak lirik lagu mana aku samun tuu ? haa ! aku samun dari lirik lagu POKOK by MUH Ft. Hazama . aku nyanyi kejap yea . dari korang laa nak bayangkan suara aku macam mana . macam maddi jane kaa *lebih kurang , macam siti nurhaliza *pun lebih kurang ataupun macam nubhan*huh ?? boleh jugak . aku tak kesah . manamana jaa --'

"terlalu mahu dan mahu . terlupa apa yang perlu . 
terlalu banyak alasannya . duduk terdiam .  
tak mudah namun tak susah . terserah atas pilihan .
tersentuh hati mula luruh ."

lalalalal ~ okay dah nyanyi ! dapat bayang kan suara aku ? sedap kemaen lagi kan . makaseh .. :') *menyampah tak ? menyampah tak ? muahahaha ! ouh , entry aku kali ney bukannya aku nak cerita pasal lirik lagu ney . bukan jugak aku nak ulas setiap maksud lirik lagu ney . tak tak tak . atcelli kali ney aku nak cakap pasal MEMBAZIR . "terlalu mahu dan mahu , terlupa apa yang perlu...."  dapat tangkap tak ? 

"urrgghh ziela ! boring kik cerita pasal membazir !"   
"oit ziela ! macam kao nak buat point untuk karangan bahasa melayu pulak . MEMBAZIR pulak tuu ." 
"ziela ziela . jelek entry mu kilik !"  

yea , aku faham , ada sesetengah orang yang akan terus tekan button 'X' kat tepi tuu kalau dah entry pasal membazir ney . semua dah bosan nak baca kan . *aku pun -.- apa lagi di bulan Ramadhan ney . bazaar Ramadhan confirm laa ada di merata rata tempat . di mana jaa kita pegi mesti ada bazar . dalam masa yang sama , membazir pun berlaku dimana mana laa jugak kan . dan masa masa begini laa banyak iklan kat tv nasihat pasal membazir ney . jadi tak heran laa kalau orang semua dah bosan dengar tentang pembaziran . ye dak ? 

tapi bukan maksud aku semua orang yang pergi bazaar tuu , semuanya membazir jaa . eh tak tak . terpulang kepada individu tu laa . kalau bijak , opkos laa dia dah bajet nak beli berapa hinggit jaa kan untuk berbuka . jangan pulak kita "terlalu mahu dan mahu hingga terlupa apa yang perlu" . tak laa sampai borong satu bazaar ramadhan tuu . macam nak bagi satu kampung dia jaa nak makan . pemurah laa sangat . kalau pemurah ikhlas tak paa . ney , nak nama jaa . supaya pemes . seluruh alam semesta kenal dia . eik ? ada kaa orang macam tuu ? wallahualam ~ 

hari ney kita dah selesai puasa yang ke21 . alhamdulillah ~ dan selama 21 hari ney laa aku tak pegi bazaar .  yeah ! sila berikan tepukan yang gemuroh !! sila sila sila ! :D ini maknanya , mak aku dah berjaya didik aku jadi seorang yang tak membazir dari segi perbelanjaan makanan ney . 

aku : mak .. oooOOoouuUUuhhh makk .. OooOOUuuhh mak ..  *bayangkan jaa aku dengan muka yang terep cute dan perangai macam kanakkanak riang --'
mak : kenapa lagi kao ila ?
aku : mak , aku mao pegi bazaar bhaa . ada jugak ney duit ku bapak bagi hari tuu . biar laa aku dereb pegi bazaar di batu 8 tuu . bukan jauh jugak . 
mak : ila , nda payah .
aku : mak bhaaaaaa . aku mao beli roti john . yea mak . yeaaaa ..
mak : nda payah pegi ila . bagus kao bantu mamak sini sedia sungkai . kita masak sedapsedap . tepung , apa semua , semua ada . kalau mau makan kuih , bikin jak . nda payah membeli . MEMBAZIR . 
aku : erm , eyalaa . *ada nada nada redha dah
mak : kita ney ila , jangan suka belanja nda tentu arah . sikit sikit belanja , sikit sikit belanja . mesti di fikir jugak apa yang lebih perlu .
aku : a'ah . *cari cara untuk larikan diri dari terus dibebel 
mak : mau pegi mana lagi kao tuu ? jangan dulu kau naik . sini bantu mamak . 
aku : okay . *suara tenggelam tahan sebak T_T

walaupun aku rasa macam nak nanges jaa bila mak aku larang aku pegi bazaar *cengeng kan -.- , tapi bila dah sungkai , aku laa orang paling happy di alam semesta . :D dah berpuluh juta kali aku pujuk mak aku , supaya aku bole pegi bazaar beli roti john , beli martabak , beli pisang cheese , beli kuih terang bulan .. yummmyyy ! tapi semua tuu hanya dalam angan angan aku jaa . tapi tapi tapi , aku tak laa kempunan sangat . sebab walaupun aku tak pegi bazaar , mak aku tetap masakkan yang sedap sedap untuk sungkai . nothing better than air tangan ibu kan . alhamdulillah ~ aku bersyukur . :')

so , jangan kita terlalu mahu dan mahu hingga terlupa apa yang perlu tau ! berjimat jimat laa yea . berdasarkan pengalaman aku yang deluan makan garam daripada korang anak anak sekalian , kalau sekarang korang selalu shopping mopping , selalu lepak mepak kepak depak dengan kengkawan di luar sana , mesti laa korang rasa best kan ? yeah ! memang best ! aku pun pernah jugak rasa hidup remaja macam korang . tapi kita tak sedar pun berapa duit kita yang kita dah belanja masa tuu . eh silap . bukan duit kita . duit mak bapak kita . sedar tau . DUIT MAK BAPAK kita . err . kita perlu rasa malu tau . *bisikbisik


lainlaa kalau korang yang kerja dan belanja hasil gaji korang , mesti korang akan cakap . "hey , ini duit guwa , guwa punya suka laa . lu sebok apa hal ?"  atau pun anak anak orang kaya , "hey you , ini duit mak bapak i laa . i tau . tapi kitorang orang kaya . duit mengalir macam air jer . apa nak risau . confirm duet ney tak abes sampai tujuh keturunan kalau aku shopping hari hari pun. kalau aku nak beli shopping complex ney pun tak paa . bla bla blaa.."  -,- yeah yeah . fine . 

aku bagitau laa . kalau suatu hari korang betolbetol perlukan duit tapi duit takda time tuu , yalah , Allah tu maha berkuasa . bila bila masa saja Dia akan tarik balik harta benda dan kekayaan yang Dia pinjamkan kepada kita , hambaNya . seyez cakap , confirm korang akan rasa menyeeeesssaaalll sangat sangat tahap infiniti *ouh , hiperbola  korang akan rasa macam nak ambek jaa balek semua duit yang korang dah belanja dulu tuu . aku serius okay . pandang mata saya ! *_* 
tapi masa tuu , boleh kaa korang ambek balek duit yang korang dah belanja untuk beli shopping complex tuu ? *huh?? bole tak korang ambek balik duit yang korang dah belanja untuk beli bepuluh puluh blackberry tuu ? bole ?? bole ???? answer me !!! *ouh kencang . sorry. -.- dah tau dah jawapannya tak bole kan . korang jangan pandang enteng tau perkara perkara macam ney . baik sedar awal , sebelum terlambat nanti , memang korang menyesal tahap giga byte laa . takda siapa bole tolong . wuu , bunyi macam sandi betol pulak kan . memangggg ~

okay ! jadi apa yang korang belajar hari ney anak anak ? jangan mem..... BAZIR ! lagi sekali , jangan mem...... BAZIR !! lagi lagi . lagi kuat tau . jangan memmmm ........... BAZIRRRR ! wow ! okayokay .setop laa yea anak anak . ingat tau . jangan kita terlalu mahu dan mahu hingga terlupa apa yang perlu . ingat erk ! jangan masuk telinga kanan , keluar pulak telinga kiri . ingat laa pesanan orang tua ney . okayy ?


terima kasih sudi baca . 
Assalamualaikum .
^_^

Friday 19 August 2011

all about BOSAN ! -.-


Assalamualaikum . ^_^

hari ney aku bosan . harihari ku rasa bosan . bosan aku harihari . bosan pun dah bosan dengan perangai aku yang selalu bosan ney . jadi kesimpulannya , AKU BOSAN . -.-

ini hasil kreativiti aku yang tak berapa nak kreatif masa aku bosan . ntah papa . sila terima seadanya . huh !

kalau aku renung-renungkan balik , aku tak sangka pun aku masi boleh hidup di muka bumi ney dan jalankan hidup seperti orang normal *macamlaa selama ney tak normal walaupun aku harihari BOSAN dengan rutin harian yang sama dari akhir december yang lalu hingga laa sekarang . i told you yea . rutin harian aku tiap hari sama , dan tak berubah . aku banyak betonggeng duduk di rumah dari keluar rumah semenjak kengkawan aku semua dah sambung belajar . semua dah jadi budak uni , pra-uni , matrikulasi .. untunglaa ~ aku jaa ney masi menghitung hari , menunggu di pinang orang . huh ?? eh tak tak . menunggu surat tawaran nak pegi belajar . hehe .

raya tak lama lagi . yeye !! kengkawan aku pun ramai nak balek tawau dah . seyezly , aku betolbetol tak sabar nak jumpa diorang semua . tolonglaaaaa masa . cepatlaa engkao berlalu . tolonglaaaa ~ adek aku pulak nak balek hari selasa ney . yeah !! yeahhhhh ! so , aku harap BOSAN yang sering menghantui diri aku , bole chow cepatcepat ! kalau tak , boleh nazak aku . T_T


kalau budak ney ada , ada jugak kawan aku begila gila di rumah . tak laa aku begila sendirisendiri macam orang gila . -.-


okay , atcelli aku tak tau nak cakap pasal apa . merepek melalut macam ney pun , harap korang boleh maafkan . sekian , terima kasih . -.-
Assalamualaikum ^_^


p/s : aku tengah belajar cakap mandarin . jangan jeles . okay babaii ~

Thursday 18 August 2011

menantu mak akuuuuu ??? :O



Assalamualaikum readers ! ^_^ 

yeye ! tak lama raya ! yeye yeye !! *menari-nari sambil pusing satu rumah . erk ? ==' lama pun lagi sebenarnya . lama sikit dari hari merdeka . *ala , beza satu hari jaa pun haa ! dalam keEksaitedan nak raya ney , jangan pulak kita lupa nak sambut merdeka . beli laa jalur gemilang banyakbanyak erk . lekat kat kereta , kat rumah , kat office , bilik , tandas . ouh ? tandas ? terpulang laa pada semangat patriotik korang erk . :)

hey , tau tak , hari ney aku berjaya melarikan diri dari rumah setelah berminggu minggu tak keluar rumah . *oups , aku tipu  . atcelli , tadi pegi shopping mopping kejap dengan mak dan alip . dapat jugak aku tengok keadaan bandar kan . kesian rakyat jelata tawau yang sekian lama tak di jenguk oleh tuan puteri ney . beta bukan apa , beta busy sikit semenjak dua menjak ney . u_u* dushdushdush kao ziela ! 

masa balik tadi , aku senyap jaa dalam kereta . alip senyap , mak aku pun senyap . kepenatan doe ! seyezly , aku penat giler gere gere masa shopping tadi sebab kerja aku , main kejarkejar dengan alip . mentangmentang laa dia tak puasa kan . aku ney , berabiz dah melutut merayu minta simpati dengan alip , bagitau dia , "jangan lari alip ! tolonggglaa , kakak penat , kakak haussss !" tapi dia hanya mampu ketawa dan meneruskan aktivitinya . --'
dalam kesunyian yang ditemani bunyi cengkerik dalam kereta , *huh? tibatiba mak aku bukak cerita . 

mak : ila , kemarin di kk , ada kawan mamak ney , namanya dayang . dia ada adik lelaki lepasan SPM jugak . sama umur dengan kau laa budak tuu . 
aku : erm , lepas tuu ? *mood penat masih menguasai diri
mak : baiiikkkk budak tuu . masa mamak sampai rumah diorang , dia salam mamak , cium tangan mamak . becakap pun sopan budak tuu ila . 
aku : ouh , eya mak ? bagus pulak . *menguap dah nak tido
mak : eyaa . hensem lagi tuu . 
aku : hensem ? *terus segar 
mak : nanti laa kita pegi sana , kao jumpa laa tuu . bagus budak nya.
aku : huh ??
mak : eyalaa . bagusnya laa bha budak tuu . hari tuu dia ada ikut PLKN di selangor tapi mamak lupa apa nama kemnya ... aktif dia di sana .. bla bla bla bla bla...... 
aku : *macam separuh sedar jaa dengar mak aku becerita . dalam proses nak tido dan akhirnya , ZZzzzZZz ..

bila sampai rumah , aku tetiba teringat carita mak aku tadi dan berfikir . agakagak , mak aku nak menantu macam tuu kaa nanti ? HAHA ! oh MAAAANN ~ aku mampu ketawa dalam hati jaa . >_< tapi bila fikir banyak kali , sebenarnya mak aku nak bagitau macam mana baiknya akhlak orang dan mao aku jadi macam tuu . sebab orang baik , nama nya akan di bawa kemana mana jaa . akan sentiasa di puji dan mak aku nak anak nya jadi macam tuu juga . :) insyaAllah mak . ^_^



mak siapa laa yang dapat bermenantukan aku yang bangga dengan gigi rabbit aku ney . --'


okay laa . terima kasih sudi baca .
Assalamualaikum ^_^

Wednesday 17 August 2011

Adek datang masjid bukan nak solat kan ? adek datang masjid nak main kirimkirim "lobe letter" jaa kan ?



Assalamualaikum readers . ^_^

hari ney kita dah lalui puasa yang ke-17 . esok 18 dah . lailatul qadar semakin hampir tapi ramadhan pun dah nak abes . :( alhamdulillah , puasa aku setakat ney masih full lagi dan betulbetul harap dapat full sampai penghujung bulan ramadhan ney . insyaAllah .

okay entry kali ney aku nak cerita pasal pegi terawih tadi . terawih kali ney memang sikit jaa jemaah kalau nak banding dengan jemaah terawih sebelum ney laa . begitu laa . semakin hari semakin sikit jemaah . semakin sikit saf . "biasa laa tuu" erkk?? biasa erk ? tak boleh dibiasakan ney . 



erm , masa tengah duduk tunggu masuk waktu isyak , kawan aku , era , dia tetiba signal aku suruh tengok belakang . aku pun dengan semangatnya menoleh laa . tau apa kami nampak ? *ceyhh suspen macam laa nampak shah rukh khan masuk masjid * duatiga orang budak perempuan busy baca surat sambil ketawaketawa . diorang duduk dekat dengan pintu keluar masjid .
tak lama lepas tuu , ada sorang budak lelaki datang dekat pintu , then budak perempuan tuu passed surat tadi . ambooii . surat cinta bayaannn ~ 
reaksi aku dengan kawan aku ? hanya mampu tersenyum+ketawa sikitsikit *atcelli tahan ketawa dari berhambor can uolls imagine ?? yalaa , diorang takda HP , pakai surat pun jadi laa , dalam masjid pulak tuu . budakbudakkkkk ~~ 

aku nak tengok jugak macam mana love letter budakbudak . sebab aku takda pengalaman . hukhuk .


masa tengah solat pun , aku tetiba dengar suara budak lelaki kat belakang area muslimah okay . bila dah habis solat , cepatcepat aku toleh . rupanya diorang tengah bercerita dengan girl yang tadi tuu . kalau nak dikatakan tengah dating pun boleh jugak . ketara laa tak solat kan ? eheeeeiii . "adek datang masjid bukannya nak solat pun kan ?" aku tanya dia . tapi dalam hati jaa sebab tempat aku jauh sikit dari diorang . hee~` 

p/s : budakbudak ney , kalau diorang dah besar nanti and recall balik apa yang diorang buat masa kecikkecik , mesti diorang malu kan . xD

Tuesday 16 August 2011

bila aku berLAGAK garang . X)




Assalamualaikum readers . ^^


adek : assalamualaikum kak ila *ketuk pintu bilik ku . masuk bilik aku beri salam beb ! garagara takut kot . haha !*
aku : duy , waalaikumsalam . masok laa bha . kenapa ???
adek : *berfikir sekejap , nak susun ayat* kak ila , mamak suruh buatkan adek alip susu , lepas tuu kasi tidur dia . 
aku : *diam then angguk jaa dengan muka serius*
adek : *masi berdiri tepiku menunggu jawapan aku*
aku : kenapa ? eyaaa bhaa . nanti kakak buatkannn ~
adek : *terus keluar bilik aku*

lepas dia keluar jaa ... HAHAHAHAHAHAHAH !!! fullblast aku ketawa sorangsorang dalam bilik tuu . kalau adek aku nampak aku ketawa , mesti dia tak takot dengan aku dah lepas tuu . 


mak : kak ila ney kan , garang nya bukan main . macam singa betina kalau suda marah .
aku : iya kaa ? aku garang kaa mak ???
mak : iyala . kao tengok adek mu semua takut dengan kao . apa lagi kalau mood mu nda bagus . mana laa dorang mau dekat sama kao tu . 
aku : penyayang bha aku ney mak . *tesengihsengih
mak : eleehh ~ 

see ? aku bagitau mak aku , mak aku tak percaya yang aku ney sebenarnya tak garang puuunn . haha ! memang tak patut pun mak aku nak percaya . sebab aku tak pernah nak tunjukkan sikap penyayang aku tuu dekat adek beradik aku . *ceewaaahhh ~ bajet penyayang sangat laa kan . memang garang beraaaabizzzz ! saja .. nak tunjuk kuat . har har har ! <----ketawa alaf baru ney



bayangkan muka aku buat muka garang . grrrrr~~





Wednesday 10 August 2011

aku SABAHAN . jadi , jangan tanya soalan pelik pelik bole ? -..-



Assalamualaikum . salam Ramadhan semua . ^^

mood aku hari ney alhamdulillah okie , 'baik' . tapi tapi , hari ney aku rasa lemah bebeno ney . terkulai atas katil jaa macam orang nazak . baca quran pun sikit sikit jaa dah .. urghh ~ sebab apa ? aha , tak sahur laa bhai . sandi eh . "tulaa ziela , padan muka engko ! liat sangat nak bangun letteeww ."  pagi pagi aku bangun , terus tekap muka pakai bantal sebab matahari dah naik dah . cheesecake betol laa si ziela ney . kalau macam ney terus , memang kompem takdaa laa orang nak kawen dengan aku kan . -.- oke fine . tak paa . aku kawen dengan omputeh laa . *mamat darah penjajah ney pun tak nak dengan aku kot . pfffttt~ eh eh , jangan nak pikir sangat laa nak kawen bila . umo pun baru setahun tomato , gatai nak kawen pulokk . -.- 

okie , back to our bussiness .
AKU SABAHAN . JADI , JANGAN TANYA SOALAN PELIK BOLE ? -..- *copypaste tittle
ambooii ~ tittle kemaen lagi yea . yea , yang ney yang aku nak cerita dengan korang . aku sabahan original , segar dan terbaik dari ladang oke .
" wey , kao sabahan . habis tuu kenapa entry kao semua guna pakai sleng semenanjung haa ? haaaaaa ?!! buang tabiat kaa apa kao ney ?"
ouh , tenang yea . erm , sebenarnya aku sengaja nak bagi universal . jadi semua orang bole faham apa yang aku tulis dan apa yang aku nak sampaikan . aku tahu , pembaca belog aku bukannya semua sabahan kan . *bajet ramai readers laa pulokkk -.- nanti ada pulak yang terkial kial nak baca kalau aku guna bahasa sabah . kesyiaannn la pulak kann . jadi , 'ndak paa bha kan ?' <--------- paham tak ? ^_^

atcelli , ada si polan ney suka sangat tanya soalan soalan pelik since dia tau aku sabahan girl . aku rasa macam orang bodo jaa nak jawab semua soalan dia tuu . --'

1 . first of all , aku bagitau awal awal bagi siapa yang belom datang sabah , jangan pikir sabah ney hutan sepanjang jalan , semua area dilitupi dengan hutan tebal dengan pokok pokok yang tinggi , ada tarzan . urgghh~ sini tak da tarzan okay . sini pun ada jalan raya jugak . aspal lagi . bangunan pun tinggi tinggi . ada hospital , masjid , shopping mall , semua adaa . 

2. tentang pakaian kami . kami takdanya pakai baju guni , pakai baju kulit binatang , pakai cawat jaa . eh eh . takda nyaa . sabah belambak kedai baju branded . sangat sangat maju okay . for muslimah , kami kat sini pun pakai jugak shawl style hana tajima tuu . kami tak laa ketinggalan sangat sampai shawl pun kami tak tau menatang apa . --'

3 . sabahan bukannya terikat sangat dengan pantang larang yang tahap gere gere punya pantang larang . contoh nya , budak budak tak bole keluar rumah masa maghrib . tak terok kan ? orang kat sini pun takda yang guna pakai ilmu sihir , ilmu hitam secara meluas , secara terbuka , dan bukan satu ilmu yang mesti ada dalam sesebuah komuniti di sabah . kami pun ada agama dan pegangan yang teguh . jadi jangan takut dengan kami . paam ? 

4. about makanan , kami sini takda nya buru binatang semata mata nak makan . takda takda takda . kecuali laa kalau orang tuu betol betol seorang pemburu . kami sini semua makan nasi jugak . kami minum air bersih jugak guna mineral pot . takdanya minum air sungai macam tuu jaa . kami kat sini ada jugak secret recepi , KFC , McD , Old Town , StarBuck , BIg Apple .. ouh yea , paling penting , di sini pun ada maggi jugak . jadi jangan tanya ada maggi atau tak kat sini . aku rasa macam tak perlu nak jawab soalan tuu . 

5 . pasal pengangkutan pulak . kami kat sini ada pakai kereta jugak , ada kapal terbang jugak , helikopter , motor , lori , basikal , skuter .. ouhh , semua ada yea . kan dah cakap dah maju . jadi jangan nak tanya , "korang semue gune sampan je kan kalau nak pegi mane mane " watheeeee ~ ouh , kecuali laa bagi penduduk yang tinggal pedalaman . yang betol betol pedalaman . itu pun , ada jugak yang guna kereta . 

6 . sleng kami tak sama dengan indonesia laa . ehe , ney memang aku rasa lucu pulak . ini memang kebanyakan orang cakap . seyez cakap , beza gilerr cara kami becakap dengan mat minah indon . lain okay . jangan laa samakan pulak erk . kami ada "BHA" , diorang takdaa . :) 

aku harap si polan tuu baca semua ney . hehe .

okay , nak tido laa . nanti tak bangun sahur lagi , menyesal . T.T

    terima kasih sudi singgah baca . :)
salam 1 Malaysia *:P
Assalamualaikum 


p/s: kita kan satu malaysia . jangan laa pandang rendah dengan kekurangan negeri lain . sila hormati k . 

Tuesday 9 August 2011

wordless wednesday #2

and lastly -----------------------------> 
*kalau nak tengok lagi jelas , klik jaa .

apa yang anda bole simpulkan ? 

p/s : saya gila , saya tahu . -.- sekian , terima kasih .

Monday 8 August 2011

ouh , aku TER_______



Assalamualaikum . Salam Ramadhan :)

apa khabar hati ? apa khabar minda ? apa khabar jiwa ? apa khabar IMAN ? sehatt ? waaa~ alhamdulillah . :) perut dengan tekak korang pulak apa khabar ? haa ? meraung ?? alolo . kesyian nyeee . alaa , sabar laa . berapa jam lagi nak buka puasa kan . pujuk laa perut korang tuu . pujuk dengan menggunakan bahasa dan nada yang paling lembut yang pernah anda guna selama hidup di dunia ney . "sabar yea sayang . sabar . jam 6:25 nanti aku sumbat engko dengan roti canai , roti bom , murtabak , nasi pataya , KFC , pizza , BIG APPLE .."  *urghh . tak abes abes aku ney dengan big apple tuu .  -_-


credit to kawan aku yang tangkap gambar ney . thanks sebab bagi kempunan . hoho ~ :p

okie anak anak . dah laa . jangan tenung lama sangat donut monut yang superb comel dengan kelazatan yang begitu sempurna di deria rasa bagi sesiapa yang menikmatinya ney . oke ?! okie dah sudah !! jangan asyik sangat nak dok layan gambar ney jaa . nanti nafsu korang nak bukak puasa makin menjadi jadi pulak . back to our real topic !! back to back ! back to back ! *garang tak garang ? ouh , bajet garang . -,- 

TITLE: aku TER .... ? TER apa ? TER apaaaaa ?? erm , atcelli , aku sendiri tak tau apa aku rasa . terharu , terinsaf ? ouh , aku sendiri keliru la bhai . tau tak ? begini ceritanyaa . okie , meh sini semua anak anak , mak timah nak cerita pasal nenek kebayan dengan gigi emasnya . semalam aku memang tak bole tido . memang BERABISS tak bole tido ney . dah aku paksa lekat pakai gam gajah tapi masi bole bukak jugak . *aku tipu . sungguh degil yea sang mata sekalian . mata aku asyik melekat jaa depan lappy , sibuk dengan blogflying laa , facebooking laa , chatting matting laa . jiwa muda laa katakan . *puik ! around 3 am gitu , simbol message kat fb aku warna merah . ada message ! *jakun -.- bila aku check , OOOoouuhHH~ mesej dari seorang teman aku . 



ini kesinambungan daripada previous massage . sila baca tanpa ada rasa keraguan di hati . 

bole baca tak conversation di atas ? nampak tak ? eh , eh , aku bukan nak tunjuk rajin aku yang aku nak siapkan sahur time tuu . aku nak tunjuk yang sebenarnya , aku keringgg ~ aku sebenarnya TER_______ *isi sendiri bila dia tanya pasal Qiam tuu . ya Allah . aku sedar , aku khilaf . menghabiskan masa satu malam depan laptop , layan facebook , layan belog . apa nak jadi ?

ziela , ziela ... sangat tak patot bila benda melalaikan semua ney kao asyik dok layan , tapi Allah yang tengah rindukan kao , kao tak tau pulak ! kao tak rindu pulak ! nak dating dengan Allah masa tengah tengah malam ney kao lupa pulak ! ruginya kao zielaaaaaa ! ruginyaaaaaa ! sangat rugiiiii !

lepas aku reply , dalam beberapa minit aku tunggu , takda juga kawan aku ney reply balek . huhhh . otak aku dah pikir lain lain dah . mesti dalam hati kawan aku cakap , "eish , apa bha si ziela ney . bagusnya laa kalau dia buat qiyamullail dulu baru online . ini , fb yang utama . eish eish eish ~" wuwuwu . T.T
lepas makan sahur , aku check balek fb aku , *memang tak reti nak offline . eh , ada reply . 
weeyyhh , sangkaan aku meleset laa . ce bace ce bace . 




:D

even aku tak buat qiyamullail *tak boleh dibiarkan tapi dapaat jugak aku pahala yea . pahala siapkan sahur . korang semua tau tak ? 

Memberi makan orang yang berbuka / sahur akan mendapatkan pahala yang sama dengan orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala dari puasa kita


so ? apa lagi ? meh laa semua encik encik , puan puan , kakak kakak , abang abang , meh siapkan juadah berbuka kita dan juadah sahur . jangan nak harap mak atau pun bibik sangat laa . Allah nak bagi kita pahala free tuu di bulan yang ramadhan ney . ambek peluang . qiyamullail pun , kalau dah tebangun tengah tengah malam , jangan nak terus hadap laptop jaa , bukak belog , fb korang . gunalaa kesempatan waktu kita TERbangun tuk untuk beribadah kepada Allah . Allah tengah rindu nak dengar rintihan kita laa tuu . kita jaa yang selalu lupa padaNya . macam aku . khilaf . :'(


till then .. terima kasih sudi baca ! selamat berbuka ! ^^ 
Assalamualaikum . 



Sunday 7 August 2011

budak budak tak bole puasa laa kak ila . -.-



Assalamualaikum . salam Ramadhan semua . ^^

tadi bukak puasa korang makan apa ? oOOouh ~ satay ? nasi paprik ? nasi ayam ? mee hailam ? mee bandung ? BIG APPLE ? wow ! untunglaa . alhamdulillah ~ :) aku tadi bukak puasa dengan mee kari plus mee kicap plus telor . *ada yang kesah ka ? -____- *

okie , aku nak cerita pasal petang tadi ney . adek aku ney tetiba pegi dekat aku , buat muka comel yang sangat laa bajet , dengan harapan aku akan buat something untuk dia . yea , aku tengok muka dia pun aku dah tau dah . budak neyyy . -,-

aku : haah , kenapa kunun kao ? *agak agak garang
dek : kak ila , aku lapar .
aku : naa jadi ? puasa kan . sabar laa . 
dek : masakkan bha aku telur . cepat laa . aku mau makan . 
aku : kenapa kao nda puasa ney ? nda sahur ka tadi ? 
dek : aik .. budak budak mana bole KUASA . 
aku : PUASA laa dek . bukan KUASA .
dek : eh eyaa . PUASA . *senyum senyum kambing nak cover malu
aku : siapa cakap budak budak nda bole puasa ney ?
dek : aku laa cakap . aku kan masih kecik . 
aku : -__________-


tak paa . masih bole dimaafkan dengan alasan , "alaaa , budak budak . mana laa dia faham apa apa pasal puasa ney kan" tapi lepas ney , konpem adek aku tuu puasa . aku dah lapor dengan mak aku . HAHA ! evil laugh ney . OOops . satu devil telepas !

yala , budak budak ney mestilaa di latih puasa dari sekarang . atcelli hukum melatih kanak kanak puasa adalah SUNAT tau ibuk2 bapak2 sekalian alam . eventhough kanak kanak yang belum mumaiyiz tidak diwajibkan bagi diorang untuk berpuasa , tapi tak da juga larangan kepada parents yang nak latih anak diorang puasa .
Rasulullah S.A.W ada menyuruh ibu bapa melatih anak anak bersolat even diorang belum mencapai tahap baligh supaya diorang terbiasa dengan amalan solat sebelum solat ney wajib bagi diorang . begitu jugak laa dengan puasa . ^^ *mood ustazah jap


“Kanak-kanak dikehendaki berpuasa apabila mencapai umur tujuh tahun jika dia secara fizikal mampu melakukannya. Sesetengah ulama berpendapat, dia hendaklah didenda secara fizikal jika tidak berpuasa ketika umurnya 10 tahun. Ia sama seperti tindakan yang diambil jika tidak bersolat.”
al-Mughni jilid 3 by Ibn Qudamah


selalunya parents akan bagi upah sebagai umpan untuk anak anak berpuasa kan . ala , macam aku , macam kao , kao dan kao laa jugak dulu kan . memang mesti di pancing punyaaa . kalau aku , masa kecik kecik dulu , umpan yang paling mengena supaya aku puasa ialahhhhh . jeng3 ~ opkos laa KA CHING KA CHING ! duit beb ! duiitt ! *ouh ziela , kecik kecik kao memang dah mata duitan yea . OOoopSs ! jangan salah paham tau . aku bukan gadis materialistik , bukan pisau cukur yang nak kikis harta daripada kaum adam jaa tau . i'm not include in that type . so , jangan rejek aku yea ! teruskan mengUsha k . Dushh ! :p

tapi kan , even aku di pancing untuk puasa , aku tetap curi curi pegi peti sejuk , curik roti , curik air sejuk , curik ais . ish ish ish . sangat tak jujur si ziela ney . *psst psst . ini rahsia kita yea. jangan bagitau ibunda aku yang terchenta tau . :p




aku pun nak latih anak aku puasa nanti . nak jadi ibu mithali laa katakan . :p





p/s : mak aku macam dah sehat dah sikit sikit . alhamdulillah . terima kasih atas doa korang semua ! yebyu yebyu ! :D

ramadhan si Ziela ..... *entah nak letak tittle apa -.-

assalamualaikum . salam ramadhan ^^

Oooouhh ~ agak agak lambat yea aku wish . sungguh malang blog aku ney sebab dapat tuan yang sangat tidak bertanggungjawab . ooOouuPps~ jangan nak salah kan aku sangat laa sebab sekali lagi , virus MALAS menjalar dalam diri dan hati ku yang mulus ini . yea laa . virus tuu cakap , tuan belog tengah puasa , so , belog dia pun kena laa puasa jugak . *alasan tak bole blah~

okie , hari ini sudah hari ketujuh umat islam seantero dunia menunaikan rukun islam yang ketiga , yakni berpuasa di bulan ramadhan . marilaa kita sama sama panjatkan syukur ke hadrat ilahi ... ~ *yea , itu diaaaa , itu diaaaa . ayat karangan bahasa malaysia level SPM yang dapat gred D dah keluar dahh . 

okie laa okie laa . aku cakap baek baek dah . jangan laa marah aku sebab merepek *ayat tacing dah ney . sobs~* rutin harian bulan ramadhan aku memang takda yang istimewa sangat . memang langsung takda yang aku nak story morry kat korang korang . nak cakap memboringkan , erm , takdalaa boring sangat . yalaa , sebab bulan ramadhan ney , bulan mulia , bulan yang istimewa yang datang setahun sekali , bulan yang adanya lailatul qadar , dan paling penting sekali , bulan yang berjiran dengan bulan peberet aku , bulan SYAWAL  . hooyeah ! hoyeahh ! *ambooiiii ~ puasa belum tentu full , nak cakap pasal raya pulak .=="

aku ney , eksaited kemaen nak raya , tapi baju raya pun aku belom ada . ouh , sangat menyedihkan . agak agak boleh masuk rancangan tv " BERSAMAMU" tak ? sila hulurkan bantuan anda dengan mengirimkan dan poskan baju raya saiz M ke alamat yang tertera ... -_______-  

okie , aku seyez , aku memang belom ada baju raya lagi . nampaknya , kena maen beli jaa laa baju raya tahun ney . yalaa , kalau aku hantar dengan macik macik tukang jahit , kompem diorang akan baling kain baju aku dan halau aku keluar gara gara tention sangat nak jahit bebilion baju orang yang tak siap lagi . kesian pulak kan macik tuu . tapi siapa yang nak kesian kan akuuuu ? -.-" 

yang pastinya , raya aku tahun ney adalaa raya yang paling simple kot . yalaa , tak banyak accessories baru macam tahun tahun sebelum ney . tak paa . yang penting aku bersyukur sebab Allah masih lagi panjangkan umur dan kurniakan kesihatan untuk sambut ramadhan dan insyaAllah raya tahun ney dengan family aku . alhamdulillah ~ 

kalau nak cakap pasal puasa hari ney , alhamdulillah setakat ney , lapar tuu tak rasa lagi , tapi haus tuu kompem kompem laa bhai . even duduk kat rumah jaa , tak da laa buat keja yang tahap angkat batu , angkat guni macam orang kerja buruh tuu , tapi tekak aku tetap meronta ronta minta dibasahkan . eish ~ dugaan betol . SABAR ~ memang itu yang Allah nak ajar kita di bulan ramadhan ney . SABAR . baiknya dan sayangnya Allah dengan hambaNya . :) kalau lapar dan dahaga semasa puasa , normal la tuu . ^^

okie laa . masuk asar daaa ~ puasa , puasa jugak , solat tuu jangan lupa . WAJIB . satu kesalahan yang maha besar kalau kita tinggal kan solat tuu . paham taaakkkk !!! *muka siyez garang mao mampus*


p/s : mak aku demam tuu , tolong doakan mak aku cepat sembuh yea . pleasee . may Allah bless all of you . :')