Assalamualaikum readers . ^^ *silent readers :)
tengok tiltle aku tuu . dah tengok ka ? okayokay . tau tak lirik lagu mana aku samun tuu ? haa ! aku samun dari lirik lagu POKOK by MUH Ft. Hazama . aku nyanyi kejap yea . dari korang laa nak bayangkan suara aku macam mana . macam maddi jane kaa *lebih kurang , macam siti nurhaliza *pun lebih kurang ataupun macam nubhan*huh ?? boleh jugak . aku tak kesah . manamana jaa --'
"terlalu mahu dan mahu . terlupa apa yang perlu .
terlalu banyak alasannya . duduk terdiam .
tak mudah namun tak susah . terserah atas pilihan .
tersentuh hati mula luruh ."
lalalalal ~ okay dah nyanyi ! dapat bayang kan suara aku ? sedap kemaen lagi kan . makaseh .. :') *menyampah tak ? menyampah tak ? muahahaha ! ouh , entry aku kali ney bukannya aku nak cerita pasal lirik lagu ney . bukan jugak aku nak ulas setiap maksud lirik lagu ney . tak tak tak . atcelli kali ney aku nak cakap pasal MEMBAZIR . "terlalu mahu dan mahu , terlupa apa yang perlu...." dapat tangkap tak ?
"urrgghh ziela ! boring kik cerita pasal membazir !"
"oit ziela ! macam kao nak buat point untuk karangan bahasa melayu pulak . MEMBAZIR pulak tuu ."
"ziela ziela . jelek entry mu kilik !"
yea , aku faham , ada sesetengah orang yang akan terus tekan button 'X' kat tepi tuu kalau dah entry pasal membazir ney . semua dah bosan nak baca kan . *aku pun -.- apa lagi di bulan Ramadhan ney . bazaar Ramadhan confirm laa ada di merata rata tempat . di mana jaa kita pegi mesti ada bazar . dalam masa yang sama , membazir pun berlaku dimana mana laa jugak kan . dan masa masa begini laa banyak iklan kat tv nasihat pasal membazir ney . jadi tak heran laa kalau orang semua dah bosan dengar tentang pembaziran . ye dak ?
tapi bukan maksud aku semua orang yang pergi bazaar tuu , semuanya membazir jaa . eh tak tak . terpulang kepada individu tu laa . kalau bijak , opkos laa dia dah bajet nak beli berapa hinggit jaa kan untuk berbuka . jangan pulak kita "terlalu mahu dan mahu hingga terlupa apa yang perlu" . tak laa sampai borong satu bazaar ramadhan tuu . macam nak bagi satu kampung dia jaa nak makan . pemurah laa sangat . kalau pemurah ikhlas tak paa . ney , nak nama jaa . supaya pemes . seluruh alam semesta kenal dia . eik ? ada kaa orang macam tuu ? wallahualam ~
hari ney kita dah selesai puasa yang ke21 . alhamdulillah ~ dan selama 21 hari ney laa aku tak pegi bazaar . yeah ! sila berikan tepukan yang gemuroh !! sila sila sila ! :D ini maknanya , mak aku dah berjaya didik aku jadi seorang yang tak membazir dari segi perbelanjaan makanan ney .
aku : mak .. oooOOoouuUUuhhh makk .. OooOOUuuhh mak .. *bayangkan jaa aku dengan muka yang terep cute dan perangai macam kanakkanak riang --'
mak : kenapa lagi kao ila ?
aku : mak , aku mao pegi bazaar bhaa . ada jugak ney duit ku bapak bagi hari tuu . biar laa aku dereb pegi bazaar di batu 8 tuu . bukan jauh jugak .
mak : ila , nda payah .
aku : mak bhaaaaaa . aku mao beli roti john . yea mak . yeaaaa ..
mak : nda payah pegi ila . bagus kao bantu mamak sini sedia sungkai . kita masak sedapsedap . tepung , apa semua , semua ada . kalau mau makan kuih , bikin jak . nda payah membeli . MEMBAZIR .
aku : erm , eyalaa . *ada nada nada redha dah
mak : kita ney ila , jangan suka belanja nda tentu arah . sikit sikit belanja , sikit sikit belanja . mesti di fikir jugak apa yang lebih perlu .
aku : a'ah . *cari cara untuk larikan diri dari terus dibebel
mak : mau pegi mana lagi kao tuu ? jangan dulu kau naik . sini bantu mamak .
aku : okay . *suara tenggelam tahan sebak T_T
walaupun aku rasa macam nak nanges jaa bila mak aku larang aku pegi bazaar *cengeng kan -.- , tapi bila dah sungkai , aku laa orang paling happy di alam semesta . :D dah berpuluh juta kali aku pujuk mak aku , supaya aku bole pegi bazaar beli roti john , beli martabak , beli pisang cheese , beli kuih terang bulan .. yummmyyy ! tapi semua tuu hanya dalam angan angan aku jaa . tapi tapi tapi , aku tak laa kempunan sangat . sebab walaupun aku tak pegi bazaar , mak aku tetap masakkan yang sedap sedap untuk sungkai . nothing better than air tangan ibu kan . alhamdulillah ~ aku bersyukur . :')
so , jangan kita terlalu mahu dan mahu hingga terlupa apa yang perlu tau ! berjimat jimat laa yea . berdasarkan pengalaman aku yang deluan makan garam daripada korang anak anak sekalian , kalau sekarang korang selalu shopping mopping , selalu lepak mepak kepak depak dengan kengkawan di luar sana , mesti laa korang rasa best kan ? yeah ! memang best ! aku pun pernah jugak rasa hidup remaja macam korang . tapi kita tak sedar pun berapa duit kita yang kita dah belanja masa tuu . eh silap . bukan duit kita . duit mak bapak kita . sedar tau . DUIT MAK BAPAK kita . err . kita perlu rasa malu tau . *bisikbisik
lainlaa kalau korang yang kerja dan belanja hasil gaji korang , mesti korang akan cakap . "hey , ini duit guwa , guwa punya suka laa . lu sebok apa hal ?" atau pun anak anak orang kaya , "hey you , ini duit mak bapak i laa . i tau . tapi kitorang orang kaya . duit mengalir macam air jer . apa nak risau . confirm duet ney tak abes sampai tujuh keturunan kalau aku shopping hari hari pun. kalau aku nak beli shopping complex ney pun tak paa . bla bla blaa.." -,- yeah yeah . fine .
aku bagitau laa . kalau suatu hari korang betolbetol perlukan duit tapi duit takda time tuu , yalah , Allah tu maha berkuasa . bila bila masa saja Dia akan tarik balik harta benda dan kekayaan yang Dia pinjamkan kepada kita , hambaNya . seyez cakap , confirm korang akan rasa menyeeeesssaaalll sangat sangat tahap infiniti *ouh , hiperbola korang akan rasa macam nak ambek jaa balek semua duit yang korang dah belanja dulu tuu . aku serius okay . pandang mata saya ! *_*
tapi masa tuu , boleh kaa korang ambek balek duit yang korang dah belanja untuk beli shopping complex tuu ? *huh?? bole tak korang ambek balik duit yang korang dah belanja untuk beli bepuluh puluh blackberry tuu ? bole ?? bole ???? answer me !!! *ouh kencang . sorry. -.- dah tau dah jawapannya tak bole kan . korang jangan pandang enteng tau perkara perkara macam ney . baik sedar awal , sebelum terlambat nanti , memang korang menyesal tahap giga byte laa . takda siapa bole tolong . wuu , bunyi macam sandi betol pulak kan . memangggg ~
okay ! jadi apa yang korang belajar hari ney anak anak ? jangan mem..... BAZIR ! lagi sekali , jangan mem...... BAZIR !! lagi lagi . lagi kuat tau . jangan memmmm ........... BAZIRRRR ! wow ! okayokay .setop laa yea anak anak . ingat tau . jangan kita terlalu mahu dan mahu hingga terlupa apa yang perlu . ingat erk ! jangan masuk telinga kanan , keluar pulak telinga kiri . ingat laa pesanan orang tua ney . okayy ?
terima kasih sudi baca .
Assalamualaikum .
^_^